Bahagian Fatwa

Bahagian Fatwa merupakan bahagian terpenting dalam struktur organisasi Jabatan Mufti Johor. Bahagian ini bertanggungjawab membuat kajian, penyelidikan dan pengeluaran fatwa serta menjawab kemusykilan agama.

Selain itu, bahagian ini juga menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor yang dipengerusikan oleh Sohibus Samahah Mufti Johor dan dianggotai oleh 9 orang ahli yang pakar dalam bidang agama dan mereka dilantik serta mendapat tauliah dari DYMM Sultan.

  • Mengurus, menyelia dan menyediakan bahan serta hujah Syarie (Al-Quran, Hadith, Qias, Ijmak dan lain-lain) melalui pembacaan dan kajian kitab-kitab muktabar
  • Menjawab segala kemusykilan fatwa dan agama
  • Menyediakan kertas kerja dan penyelidikan untuk dibawa ke Muzakah Jawatankuasa Fatwa Johor dan Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan
  • Memastikan fatwa yang dikeluarkan lengkap, kemas dan bersistematik
  • Membuat kajian dan pemantauan hal-hal ajaran salah / menyeleweng, hal-hal aqidah, halal haram dan isu semasa yang ada kaitan dengan hukum syara’ dalam masyarakat, serta membuat panduan untuk pegangan mereka
  • Membuat kajian, memantau dan mengeluarkan panduan tahap kebudayaan, adat istiadat, kepercayaan serta khurafat dalam masyarakat Islam, dan menyediakan panduan untuknya
  • Membuat kajian terhadap manuskrip lama berhubung dengan fatwa.
  • Membuat pemantauan terhadap tuduhan orientalis atau musuh-musuh Islam dengan menyediakan jawapannya
  • Mengambil bahagian dalam Research And Development (R&D) yang berkaitan dengan Islam
Carta Organisasi Bahagian Fatwa