Bahagian Khidmat Pengurusan

Bahagian Khidmat Pengurusan melaksanakan pemantauan hal ehwal perkhidmatan, pentadbiran dan kewangan bagi semua warga kerja di Jabatan Mufti Johor. Dalam masa yang sama, Bahagian ini juga bertanggungjawab menguruskan mesyuarat-mesyuarat utama di peringkat jabatan.

  • Mengendalikan urusan Perkhidmatan anggota kerja Jabatan Mufti Johor (dari permulaan lantikan sehingga bersara / menamatkan perkhidmatan / meninggal dunia)
  • Mengendalikan aduan yang berkenaan dengan Pentadbiran / Kewangan.
  • Menguruskan hal pentadbiran pejabat, kebersihan dan keselamatan
  • Menguruskan fail dan rekod jabatan
  • Pengurusan serta pelupusan harta modal dan inventori pejabat
  • Melaksanakan arahan dan pekeliling yang berkuatkuasa
  • Mengurus mesyuarat dan minit mesyuarat yang berkenaan
  • Menguruskan kenderaan jabatan
  • Menguruskan kewangan jabatan, penyediaan dan kawalan belanjawan, bayaran gaji, terimaan, bayaran dan hasil jabatan
  • Menguruskan perolehan asset, barang keperluan dan alat tulis jabatan
Carta Organisasi Bahagian Khidmat Pengurusan