Objektif, Visi & Misi

Objektif

Jabatan Mufti Johor telah menggariskan objektif bagi mencapai visi dan misi seperti berikut :

  • Memberi nasihat dan panduan kepada sultan, kerajaan negeri dan masyarakat berkaitan hukum-hukum Islam dan permasalahan umat Islam yang menyentuh soal fatwa terutamanya yang melibatkan isu semasa.
  • Mengeluarkan fatwa dan pendapat di atas sesuatu perkara yang berkaitan dengan Aqidah, Syariah dan Akhlak Islamiyyah berdasarkan nas Al-Quran, As-Sunnah, Ijma’ dan Qias serta pendapat imam-imam mazhab yang mu’tabar iaitu Syafi’e, Hanafi, Maliki dan Hanbali.
  • Bekerjasama dalam mewujudkan penyelarasan fatwa di peringkat pusat dan negeri-negeri di Malaysia serta membangunkan aspek-aspek baru di bidang fatwa.
  • Memberi nasihat kepada umat Islam di negeri Johor mengenai ajaran Islam yang sebenar supaya mereka dapat memahami dan menghayatinya dalam kehidupan.

Misi

Memperkasa kecemerlangan Pengurusan Institusi Mufti secara cekap dan berkesan.

Visi

Beriltizam menjadi Institusi Mufti yang berwibawa dalam memartabatkan syariat Islam.