Dato’ Haji Hassan bin Yunos

Mufti Kelima (1941-1947)

Mufti yang kelima ialah Dato’ Haji Hassan Bin Yunus yang berkhidmat dari tahun 1941 hingga 1947. Beliau memegang jawatan Mufti Johor setelah Dato’ Syed Alwe bin Tahir al-Hadad meninggalkan jawatan Mufti kerana lari dari ancaman Jepun. Walau bagaimanapun, Datuk Haji Hassan Bin Yunus meletak jawatan pada tahun 1945 kerana memasuki arena politik.