Dato’ Syed Abdul Kadir Mohsin Al-Attas

Mufti Ketiga (1904-1933)

Dato’ Syed Abdul Kadir bin Mohsin al-Attas dilahirkan pada 20 Julai 1867 dalam negeri Langkat. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu di Johor Bahru. Apabila umurnya kian meningkat, beliau berniaga getah dalam negeri Langkut dengan laba yang menguntungkan. Beliau kemudiannya belajar di Makkah lebih kurang 15 tahun.

Pada 1 Oktober 1901, beliau telah diangkat menjadi Timbalan Mufti Johor. Seterusnya pada tahun 1904, beliau memangku jawatan Mufti, Timbalan Hakim Besar dan guru di Training kolej. Pada tahun 1909, beliau telah diangkat menjadi ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor. Di samping memegang jawatan sebagai Mufti pada tahun 1912, beliau juga dilantik menjadi Hakim Mahkamah Ulangcara Johor Bahru. Pada tahun 1933, beliau telah bersara. Beliau meninggal dunia pada tahun 31 Oktober 1941.