Datuk Syed Salim Ahmad Al Attas

Mufti Pertama (1896-1899)

Mufti yang pertama dilantik oleh Sultan Johor ialah Datuk Syed Salim Ahmad Al Attas yang berkhidmat dari tahun 1896 hingga tahun 1899. Beliau pernah dilantik oleh Maharaja Johor sebagai Ahli Dewan Negeri dan dianugerahkan pingat kebesaran negeri, penyandang Darjah Mahkota Kelas Pertama iaitu Seri Paduka Mahkota Johor (S.P.M.J) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Namun begitu, tidak banyak terdapat catatan rekod mengenai latar belakang kehidupan beliau.